2.0 Objektif
" Memahami penggunaan algoritma.
" Mengetahui perwakilan algoritma.
" Berupaya untuk menggunakan algoritma
2.0 Pengenalan Kepada Algoritma
Algoritma ialah satu jujukan langkah demi langkah yang
terhingga untuk menyelesaikan suatu masalah mengikut logik tertentu. Langkah
terhingga bermakna langkah ini mempunyai kesudahan dan akan berakhir.
Algoritma mesti memenuhi keperluan :
" input : mesti mempunyai input
" output : menghasilkan sekurang-kurangnya satu output
yang bermakna.
" tidak ambigious : setiap langkah dalam algoritma
mestilah jelas.
" betul : mesti betul dan dapt menyelesaikan masalah.
" terhingga : berhenti pada terhingga.
" berkesan.
" bahasa yang mudah difahami.
Satu contoh algoritma dalam kehidupan yang mungkin dihadapi.
Contohnya Rajah 2.1 , anda ingin meminjam buku dari perpustakaan.
mula
masuk ke dalam perpustakaan
cari buku yang dihendaki
jika buku dijumpai
pergi kounter untuk meminjamnya
jika buku tidak dijumpai
datang esok
ke luar perpustakaan
tamat
perhatikan bahawa jujukan langkah adalah sangat penting .
Anda tidak boleh keluar perpustakaan dengan memegang buku yang belum dipinjam
di kounter. Anda juga perlu fikirkan langkah yang perlu dilakukan jika buku
tidak dijumpai.
2.2 Perwakilan Algoritma
Algoritma boleh diwakili atau dibentuk dengan pelbagai cara.
Dua cara yang popular dan biasa digunakan ialah kod pseudo dan catar alir.
Kod Pseudo
Kod pseudo ialah suatu bahasa yang separuh informal dengan
bahasa yang terhad. Ia ditulis semasa fasa implementasi untuk mereka bentuk dan
menerangkan algoritma. Ia menyerupai bahasa harian ( bahasa Malaysia , Bahasa
Inggeris ) dan hamya mengandungi bahasa tindakan.
Carta Alir
Setiap aktiviti dalam algoritma diwakili oleh nod geometri.
Nod-nod ini akan dihubungkan dengan anak panah yang menunjukkan giliran
aktiviti. Perhatikan Rajah 2.1 yang menunjukkan notasi dalam carta alir.
Sintaksis Semantik
mula/tamat
proses
input/output
syarat
sambungan
aliran aktiviti
Contoh : Mengira hasil darab dan hasil tambah dua nombor
dengan menggunakan kod psuedo dan carta alir (Rajah 2.2).
kod psuedo
mula
baca x dan y
jumlah f x + y
hasildarab f x * y
cetak jumlah , hasildarab
tamat
Carta Alir
Rajah 2.2 . Carta alir hasil tambah dan hasil darab.
2.3 Struktur Pilihan
Terdapat 3 jenis struktur pilihan if (cabang terbuka) ,
kenyataan if/else (cabang tertutup) dan kenyataan if/else tersarang. Kita akan
perhatikan algoritma jenis struktur ini dengan kod psuedo dan carta alir.
Kenyataan if (cabang terbuka)
Contoh : Mencetak gred pelajar dengan kod pseudo dan carta
alir (Rajah 2.3) .
kod psuedo
mula
baca markah
jika markah >= 40
cetak "lulus"
tamat
Carta Alir
Rajah 2.3 . Carta alir untuk contoh struktur pilihan if
(cabang terbuka)
Atur cara bagi contoh ini terdapat dalam atur cara 6.1(klik)
Kenyataan if/else (cabang tertutup)
Contoh : Mencetak gred pelajar mengikut lulus atau gagal
dengan kod pseudo dan carta alir ( Rajah 2.4 )
kod psuedo
mula
baca markah
jika markah >= 40
cetak "lulus"
jika tidak
cetak "gagal"
tamat
Carta Alir
Rajah 2.4 . Carta alir yang menunjukkan struktur pilihan
if/else (cabang tertutup)
Atur cara bagi contoh ini terdapat dalam pelajaran lain (klik) sekiranya mahu melihatnya
Kenyataan if/else (tersarang)
Contoh : Mencetek gred pelajar mengikut gred A, B, C, D, dan
F dengan kod pseudo dan carta alir ( Rajah 2.5)
kod psuedo
mula
baca markah
jika markah >= 70
cetak "A"
jika tidak jika markah >=60
cetak "B"
jika tidak jika markah >=50
cetak "C"
jika tidak jika markah >=40
cetak "D"
jika tidak
cetak "F"
tamat
Carta Alir
Rajah 2.5 . Carta alir yang menunjukkan struktur pilihan
if/else (tersarang).
Atur cara bagi contoh ini terdapat dalam
pelajaran akan Datang(klik)
Dunia Komputer: Algoritma >>>>> Download Now
BalasPadam>>>>> Download Full
Dunia Komputer: Algoritma >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Dunia Komputer: Algoritma >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK