Jumaat, 5 April 2013

Proses Pengaturcaraan


















Dua fasa proses pengaturcaraan
" fasa penyelesaian masalah
 analisis dan spesifikasi
 penyelesaian secara umum (algoritma)
 pengesahan
" fasa implementasi
 penyelesaian spesifik (atur cara)
 ujian atur cara
Spesifikasi Masalah
Langkah untuk memahami dan menentukan masalah secara tepat.

Analisis Masalah
Menentukan input-input dan output-output masalah.

Algoritma
Satu set arahan yang menentukan turutan operasi mengikut logik tertentu ., pelaksanaan arahan ini akan memberi penyelesaian mengikut masalah tertentu .
Akan dipelajari dengan lebih teliti pada pelajaran 2. Algoritma.

Pengesahan
Mengesahkan turutan operasi, struktur kawalan mengikut logik tertentu supaya dapat menghasilkan penyelesaian yang dihendaki .

Penyelesaian Spesifik (atur cara)
Menukarkan bentuk algoritma ke dalam bentuk bahasa atur cara yang dihendaki.

Ujian Atur cara
Menguji pelaksanaan atur cara dengan input-input tertentu supaya menghasilkan output-output yang dihendaki.

Contoh : Proses Pengaturcaraan
Masalah : Tulis satu atur cara untuk mengira purata markah ujian lima orang pelajar .

Spesifikasi masalah :
Masalah memerlukan kita menginputkan markah ujian bagi lima orang pelajar dan mengira purata bagi markah ujian itu.

Analisis masalah :
Masalah ini memerlukan input bagi lima orang pelajar dan output purata bagi lima orang pelajar itu.

Algoritma dalam bentuk kod pseudo (akan dipelajari dengan teliti pada pelajaran 2.)

bilangan = 1
jumlah = 0
selagi bilangan < 5 lakukan
cetak "masukkan markah ujian bagi pelajar "
baca nombor ke dalam : markah
jumlah = jumlah + markah
bilangan = bilangan + 1
tamat selagi
purata = jumlah / 5 ;
cetak purata

1 ulasan:

  1. Dunia Komputer: Proses Pengaturcaraan >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Dunia Komputer: Proses Pengaturcaraan >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Dunia Komputer: Proses Pengaturcaraan >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    BalasPadam