Jumaat, 5 April 2013

Bahasa Pengaturcaraan
















Terdapat 3 kelas bahasa pengaturcaraan :

Bahasa Mesin
Bahasa mesin ialah "bahasa semulajadi" yang difahami oleh komputer . Bahasa ini secara umumnya mengandungi nombor-nombor untuk mengarah komputer melakukan sesuatu tugas.Bahasa ini adalah sangat susah difahami oleh manusia kerana hanya mengandungi nombor sahaja.

Bahasa Penghimpun
Bahasa penghimpun ialah bahasa pengaturcaraan yang lebih mudah difahami oleh manusia berbanding Bahasa mesin kerana sifat "English-like" itu . Bahasa ini ditranlasikan kepada bahasa mesin supaya komputer memahami arahan-arahan yang diperlukan . Bahasa ini tidak begitu mudah untuk digunakan kerana memerlukan banyak arahan untuk melakukan satu tugas yang mudah.

Bahasa Peringkat Tinggi
Bahasa peringkat tinggi ialah bahasa pengaturcaraan yang mudah difahami oleh manusia. Bahasa ini membenarkan kita menggunakan bahasa seperti yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian . Bahasa ini dikompil ke bahasa mesin dengan menggunakan "compiler" .
contoh bahasa jenis ini ialah bahasa C, C++, Java, Pascal . 

Persekitaran Bahasa C++
Editor Membenarkan anda memasuk dan mengedit atur cara C++. Contohnya Borland C++
Prepemproses Memanipulasikan fail yang cakra mengandungi definasi dan arahan yang berlainan yang berguna kepada pengatur cara dalam keadaan tertentu.
Pengompil (compiler) Atur cara yang menukarkan atur cara yang ditulis ke dalam bahasa yang difahami oleh komputer.
Pemaut Menggabungkan semua bahagian yang diperlukan oleh atur cara untuk menghasilkan kod pelaksaan terakhir.

1 ulasan:

  1. Dunia Komputer: Bahasa Pengaturcaraan >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Dunia Komputer: Bahasa Pengaturcaraan >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Dunia Komputer: Bahasa Pengaturcaraan >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    BalasPadam