1.0 Objektif
" Memperkenalkan asas-asas komputer
" mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah dengan
menggunakan komputer melalui bahasa pengaturcaraan / pemprograman.(klik)
1.1 Apa itu komputer
Secara teknikalnya komputer ialah alat yang boleh membuat
pengiraan dan keputusan logikal.
Komputer melakukan suatu tugas dengan memproseskan data di
bawah kawalan atur cara .
Maka komputer boleh ditakrif sebagai alat
elektronik yang dapat menerima satu set atur cara untuk melakukan sesuatu
tugas. Ia juga dapat menerima dan menyimpan data, memproses data yang disimpan
mengikut arahan dan menghasilkan output kepada pengguna.
1.2 Komponen asas komputer .
Input ( tetikus ,papan kuci ) berhubung dengan komputer -
memberi arahan , memasukkan data , meminta maklumat dll .
Output (monitor , pencetak ) Menghasilkan maklumat yang
diperlukan dan difahami oleh pengguna
CPU Melaksanakan operasi aritmatik, membuat keputusan,
menerima data dan menghasilkan output.
Ingatan Utama (RAM) Tempat menyimpan atur cara dan data
sementara
Ingatan Bantu (cakera padat , disket) Tempat menyimpan atur
cara dan data kekal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan